Ringkasan LRT 3 Laluan Bandar Utama – Klang

LRT3-Line-integration-map
Peta Transit Lembah Klang termasuk projek LRT3 yang dalam perancangan.

Aliran baru LRT 3 yang bakal menghubungi Bandar Utama dengan Klang yang dahulunya dikenali sebagai laluan LRT Shah Alam dijangka kerja pembinaannya akan dimulakan pada suku pertama tahun 2016 dan dijangka siap menjelang Ogos 2020. Laluan sepanjang 37 km yang merangkumi 25 buah stesen itu akan menjadi projek rel yang pertama menggunakan teknologi hijau yang mesra alam.

LRT3-proposed-route-map
Laluan aliran LRT3

Fakta menarik mengenai projek LRT3 :

  • Jumlah stesen : 26
  • Jarak : 37 km
  • Integrasi : 5 stesen
  • Jumlah penumpang : 74,000 penumpang/hari (menjelang 2020)
  • Waktu perjalanan hujung ke hujung : 53 minit dari Bandar Utama ke Johan Setia
  • Jumlah parkir : 6000 di 10 stesen menjelang 2020

Stesen pertamanya adalah Stesen Bandar Utama yang akan bersambung dengan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang dan berakhir dengan Stesen Johan Setia di Klang. Ia merangkumi 24 stesen bertingkat dan 1 bawah tanah di Stesen Persiaran Hisamuddin. Selain itu, laluan ini akan berintegrasi dengan Komuter Laluan Pelabuhan Klang di Stesen Klang dan LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen Glenmaire.

Selain projek LRT3, terdapat juga projek lain yang dirancang seperti :

  • Sambungan KL Monorel (Fasa 1, Fasa 2 & Metropolis)
  • MRT2 Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya
  • MRT3 Laluan Bulatan
  • Monorel Putrajaya
  • Laluan ‘Freight Relief’ KTM (untuk tren kargo)
Proposed Rail Network KV
Projek rel di Lembah Klang yang dalam pembinaan dan yang sedang dirancang.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai projek LRT3 ini di laman portal LRT3→

Advertisements