KTMB memperkenalkan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter di Sektor Utara

Perkhidmatan KTM Komuter di Sektor Utara akan beroperasi menggunakan jadual waktu baharu mulai 1 Julai 2016 (Jumaat). Perubahan ini bertujuan untuk menambahbaik perkhidmatan sedia ada di samping memberi kedelesaan kepada penumpang setelah mengambil kira maklum balas pengguna KTM Komuter di Sektor Utara.

Slide1(4)

Penambahbaikan yang dilakukan adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan sedia ada laluan Butterworth – Gurun dilanjutkan sehingga ke Stesen Padang Besar.
  • Kekerapan tren 60 minit berbanding sekarang 2 hingga 3 jam untuk Laluan Padang Besar (Butterworth – Padang Besar).
  • 28 perkhidmatan sehari berbanding sebelum ini 14 perkhidmatan Laluan Padang Besar.
  • Jadual waktu baharu yang lebih konsisten untuk Laluan Kamunting (Kamunting – Butterworth) dan Laluan Padang Besar.

Sejak perkhidmatan KTM Komuter mula beroperasi di Sektor Utara pada 11 September 2015, jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini semakin meningkat dari sehari ke sehari. Setakat bulan Mei 2016 seramai 415,000 orang telah menggunakan perkhidmatan KTM Komuter di Sektor Utara dengan purata jumlah penumpang seramai 3,000 orang sehari berbanding beberapa awal bulan dahulu semenjak perkhidmatan ini diperkenalkan hanya terdaat lebih kurang 500 orang sahaja yang menggunakan KTM Komuter.

Untuk jadual terkini Komuter Sektor Tengah dan Selatan, klik di sini→

Advertisements