KTMB menambahbaik perkhidmatan Komuter di Sektor Selatan

Perkhidmatan KTM Komuter di Sektor Selatan (Senawang, Sg. Gadut, Rembau dan Tampin) akan beroperasi menggunakan jadual waktu baharu mulai 11 Julai 2016 (Isnin). Perubahan ini bertujuan untuk menambahbaik perkhidmatan sedia ada di samping memberi kedelesaan kepada penumpang setelah mengambil kira maklum balas pengguna KTM Komuter di Sektor Selatan.

directtampin

Penambahbaikan yang dilakukan adalah seperti berikut:

  • Perjalanan terus dari Batu Caves ke Sg. Gadut, Tampin/Pulau Sebang dan sebaliknya.
  • Kekerapan tren 15 minit untuk waktu puncak berbanding sebelum ini 30 minit.
  • Kekerapan tren 45 minit pada waktu luar puncak berbanding sebelum ini 90 minit.
  • Kekerapan tren 45 minit sepanjang hari pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum berbanding sebelum ini 90 minit.
  • Penggunaan sepenuhnya tren 6 koc untuk laluan Batu Caves-Tampin menggantikan tren 3 koc.

Untuk jadual terkini Komuter Sektor Tengah dan Selatan, klik di sini→

Advertisements