The Star: High speed rail MoU between Malaysia and Singapore inked

PETALING JAYA: A memorandum of understanding (MoU) between the Governments of Malaysia and Singapore on the High-Speed Rail (HSR) linking Kuala Lumpur and Singapore has been signed.

In a joint statement issued by the Land Public Transport Commission (SPAD) and Singapore’s Land Transport Authority (LTA) on Tuesday, it was announced that the Mou was signed between Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Abdul Rahman Dahlan and his counterpart Coordinating Minister for Infrastructure and Minister for Transport Khaw Boon Wan.

The agreement stated that there would be eight HSR stations between Bandar Malaysia and Singapore. The six intermediate stations will be located at Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat and Iskandar Puteri.

Continue reading “The Star: High speed rail MoU between Malaysia and Singapore inked”

Pameran Kereta Api Laju China Railway

12346308_1675289582713953_716643117258006003_n

Pameran Kereta Api Laju China Railway ini diadakan pada 11 Disember 2015 di Kuala Lumpur dengan kerjasama SPAD. Pameran ini diadakan untuk memberi informasi mengenai teknologi dan pencapaian kereta api China Railway. Berbeza dengan pameran KTX di Nu Sentral yang lebih bersifat showroom, ia hanya diadakan selama 5 hari sahaja. Beberapa model kereta api di China dan juga Malaysia dipamerkan sempena pameran tersebut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut menghadiri pameran tersebut. Selain itu, turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), Mohd. Azharuddin Mat Shah, Pengerusi China Railway, Yang Zhong Min dan Ketua Kaunselor Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Malaysia, Ma Jia. Kerajaa baru-baru ini telah menganugerahkan kontrak pembinaan projek landasan berkembar elektrik (EDTP) Gemas-Johor Bahru (JB) kepada China Railway International Co. Ltd. yang dijangka membabitkan kos RM7.13 bilion.

Berikut adalah galeri sekitar pameran tersebut:

China Railway raih kontrak EDTP

Liow Tiong Lai (tiga dari kanan) melihat sebuah model kereta berkelajuan tinggi keluaran syarikat China sempena pameran HSR China di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AMIR KHALID
Liow Tiong Lai (tiga dari kanan) melihat sebuah model kereta berkelajuan tinggi keluaran syarikat China sempena pameran HSR China di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AMIR KHALID

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Kerajaan menganugerahkan kontrak pembinaan projek landasan berkembar elektrik (EDTP) Gemas-Johor Bahru (JB) kepada China Railway International Co. Ltd. yang dijangka membabitkan kos RM7.13 bilion.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pembinaan landasan yang dijangka siap pada 2020 itu bakal melengkapkan keseluruhan rangkaian EDTP negara dari JB ke Padang Besar, Perlis.

Katanya, kerajaan komited untuk menyediakan rangkaian pengangkutan yang baik bagi menyokong pertumbuhan ekonomi seiring dengan matlamat ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.

Ujar beliau, penganugerahan kontrak kepada China Railway untuk pembinaan EDTP Gemas-JB itu bertujuan mempercepatkan projek berkenaan.

“Buat masa ini, rangkaian landasan kereta api negara meliputi 1,641.4 kilometer dengan 46 peratus merupakan landasan berkembar elektrik.

Continue reading “China Railway raih kontrak EDTP”

Jepun intai projek kereta api laju

 

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Selepas meraih kontrak bernilai AS$15 bilion (RM64.81 bilion) di India dengan mengatasi syarikat dari China, Jepun mahu menjual kereta api lajunya kepada projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang dirancang antara Singapura dan Malaysia.

Kecenderungan Jepun itu dilihat sekali gus membuka pasaran baharu bagi syarikat-syarikat daripada Hitachi Ltd. (Hitachi) dan Mitsubishi Heavy Industries Ltd. (Mitsubishi Heavy).

Menurut Bloomberg, Menteri Pengangkutan Jepun, Keiichi Ishii berkata kepada pemberita di Tokyo, kerajaan Jepun memberi sokongan terhadap bidaan seumpama itu dengan menyifatkan kerjasama antara kerajaan dan peneraju perniagaan adalah penting dalam mencapai urus niaga di India, minggu lalu.

Setakat ini, Malaysia dan Singapura menerima hampir 250 penyerahan dan 98 daripadanya disenarai pendek, berdasarkan laporan akhbar.
“Terdapat 14 firma asing dalam kalangan 98 syarikat tersebut diminta untuk memberi pandangan mereka termasuk Alstom SA dari Perancis, Siemens AG dari Jerman, CAF dan Talgo SA dari Sepanyol, fan Bombardier Inc. dari Kanada, kumpulan yang diterajui China Railway dan juga konsortium dari Jepun dan Korea Selatan,” jelas laporan berkenaan.

Continue reading “Jepun intai projek kereta api laju”

China, Korea Selatan berebut projek kereta api laju

Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura menjadi tumpuan konglomerat dari China dan Korea Selatan sehingga mereka sanggup berbelanja besar untuk kempen promosi masing-masing.

Walaupun mengorak langkah lebih lambat berbanding China dan Jepun dalam usaha mempromosi teknologi mereka, tetapi Korea Selatan telah membuka ruang pameran di Nu Sentral di ibu negara pada November untuk mengukuhkan populariti dan memperkenal teknologi kereta api laju negara itu kepada rakyat Malaysia.

China Press melaporkan, ruang pameran itu setakat ini telah menarik kunjungan lebih 10,000 orang.

Teknologi Korea Selatan berasaskan kepada teknologi Perancis yang diubah suai dan ditambah baik untuk menghasilkan tren KTX-Sancheon I dan KTX-Sancheon II.

Model terbaharu KTX-Sancheon II berupaya mencapai kelajuan sehingga 330 kilometer sejam.
Walaupun tidak menyatakan model tren yang ingin diperkenal kepada Malaysia, namun Hyundai Rotem dari Korea Selatan dijangka mempromosikan KTX-Sancheon II .

Continue reading “China, Korea Selatan berebut projek kereta api laju”