Aidilfitri: 186,000 tiket Intercity, ETS masih jual

KUALA LUMPUR – Sebanyak 186,000 tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Intercity dan perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) masih dijual bagi perjalanan pada 1 Julai hingga 11 Julai ini.

Pengurus Kanan Pemasaran KTMB Antara Bandar Mohd Noordin Kimi berkata, setakat ini, sebanyak 164,000 tiket pergi-balik telah dijual untuk perjalanan ke utara, selatan dan pantai timur bagi tempoh berkenaan.

“Adanya permintaan tiket begitu tinggi terutamanya mulai Jumaat ini hingga 11 Julai bagi perkhidmatan ETS menyebabkan kami memutuskan untuk menambah kekerapan perkhidmatan daripada 32 kali perkhidmatan sehari kepada 36 kali,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sejak laluan kereta api Ekspres Timuran ke Tumpat dipulihkan pada Mei lepas setelah Jambatan Kemubu, Kuala Krai selesai dibaiki, beliau berkata, permintaan tinggi turut diterima untuk perjalanan pergi-balik ke Tumpat sempena Aidilfitri ini.

Continue reading “Aidilfitri: 186,000 tiket Intercity, ETS masih jual”

Advertisements

Bernama: Rundingan katering Brahim’s dan KTMB akan diselesaikan

BRAHIM’S Holdings Bhd akan menyelesaikan‎ rundingan bagi perkhidmatan katering di atas gerabak Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan diselesaikan tidak lama lagi.

Pengerusi Eksekutif Datuk Seri Ibrahim Ahmad berkata, perbincangan tersebut telah pun berada pada peringkat lanjutan sejak enam bulan lepas dan KTMB seperti tidak ada halangan dengan kerjasama itu.

“Kami telah mengadakan sesi ujian makanan dengan KTMB dan mereka sangat‎ gembira dengan perkhidmatan yang disediakan. Kami sekarang ini menunggu pemformalan perjanjian,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini hari ini.

Continue reading “Bernama: Rundingan katering Brahim’s dan KTMB akan diselesaikan”

Jadual KTM Intercity Sektor Utara – Selatan

Jadual

Ekspres Selatan (Pulau Sebang/Tampin-Gemas-JB Sentral)

Jadual Tren Selatan 19 Mei 2016 Utara-Selatan

Ekspres Antarabangsa** (Bangkok-Butterworth)

Jadual Tren Antarabangsa 19 Mei 2016 Utara-Selatan

Diesel Railcar** (Hat Yai-Padang Besar)

Jadual SRT Dieselcar 19 Mei 2016 Utara-Selatan

**Perkhidmatan oleh State Railway of Thailand (SRT)


Tambang

Tambang Ekspres Selatan 2016

Untuk tambang perkhidmatan Intercity yang lain, sila ke laman rasmi KTM→

Untuk jadual dan tambang ETS, sila klik di sini→

KTMB – 9 Mei 2016