Jadual KTM Intercity Sektor Utara – Selatan

Jadual

Ekspres Selatan (Pulau Sebang/Tampin-Gemas-JB Sentral)

Jadual Tren Selatan 19 Mei 2016 Utara-Selatan

Ekspres Antarabangsa** (Bangkok-Butterworth)

Jadual Tren Antarabangsa 19 Mei 2016 Utara-Selatan

Diesel Railcar** (Hat Yai-Padang Besar)

Jadual SRT Dieselcar 19 Mei 2016 Utara-Selatan

**Perkhidmatan oleh State Railway of Thailand (SRT)


Tambang

Tambang Ekspres Selatan 2016

Untuk tambang perkhidmatan Intercity yang lain, sila ke laman rasmi KTM→

Untuk jadual dan tambang ETS, sila klik di sini→

KTMB – 9 Mei 2016

Advertisements

Dokumentari (Jepun) : Pengembaraan 2 beradik menaiki keretapi ke tapak warisan dunia Malaysia

Sebuah siri dokumentari terbitan sebuah stesen TV di Jepun mengenai perjalanan melancong dengan menaiki kereta api sambil melihat keindahan pemandangan dan warisan seluruh dunia. Episod kali ini merupakan negara kelima dalam siri jelajah dokumentari tersebut.

Ia mengisahkan mengenai perjalanan 2 beradik (mereka merupakan artis veteran yang agak terkenal satu masa dahulu di Jepun) yang memulakan perjalanan mereka dari JB Sentral di mana mereka agak kagum dengan rupa bentuk stesen tersebut yang seakan-akan terminal lapangan terbang. Dari sana, mereka menaiki kereta api KTM Intercity ke Stesen KTM Tampin di mana destinasi mereka adalah untuk ke tapak warisan dunia, Melaka.

Sampai di Tampin, agak kehairanan mereka dengan betapa sunyinya stesen tersebut sedangkan stesen tersebut merupakan stesen ke kawasan pelancongan yang diiktiraf UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Mereka tidak tahu bahawa betapa jauhnya stesen tersebut dengan pusat bandar Melaka dan juga mungkin mereka kurang faham di Malaysia, kereta api masih bukan pilihan utama untuk rakyat ke mana-mana tidak seperti di Jepun.

Selepas Melaka, mereka ke KL Sentral menaiki kereta api KTM Intercity (penggambaran dokumentari ini diadakan sebelum Mei 2015, jadi masih belum ada perkhidmatan ETS dari Gemas). Kemudian ke Ipoh dengan ETS, dan seterusnya ke destinasi terakhir, Pulau Pinang dengan menaiki kereta api KTM Intercity ke Stesen KTM Butterworth dan feri ke Georgetown. Di Pulau Pinang, selain melawat ke kawasan tapak warisan dunia, mereka juga menaiki kereta api Bukit Bendera (Penang Hill Railway).

Berikut merupakan video penuh pengembaraan tersebut :

KTMB lancar koc baharu Ekspres Rakyat

MOHD. NOORDIN KIMI (kiri) beramah mesra bersama penumpang koc Ekspres Rakyat yang pertama antara Johor Bahru-Butterworth-Johor Bahru di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/FAIRUZ IZYANA AYUB

KUALA LUMPUR 6 Julai – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan koc baharu pertama bagi perkhidmatan tren antara bandar Ekspres Rakyat (Johor Bahru- Butterworth-Johor Bahru) bermula hari ini.

Pengurus Kanan Pemasaran KTMB Antara Bandar, Mohd. Noordin Kimi berkata, pengenalan koc itu bertujuan menyediakan perkhidmatan terbaik dan memenuhi permintaan masyarakat.

“Tren Ekspres Rakyat dibina khas di Indonesia oleh Syarikat PT Inka dan telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri yang lebih canggih serta selesa kepada pengguna.

“Tren sepanjang enam koc ini mampu menampung 360 penum­pang pada satu masa dengan peningkatan kelajuan kepada 100 kilometer sejam berbanding 80 kilometer sejam sebelum ini,” katanya ketika ditemui sempena pengenalan koc baharu tersebut di sini.

Menurut Mohd. Noordin, KTMB akan melancarkan dan memulakan operasi koc baharu yang kedua secara istimewa pada 14 Julai dengan laluan dari Kuala Lumpur hingga ke Padang Besar sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, tren antara bandar yang lama telah beroperasi selama lebih 30 tahun dan sudah sampai masanya untuk ditukar bagi menjamin keselamatan penumpang.

“Tren KTMB merupakan pengangkutan darat paling selamat di negara ini dengan kematian ter­akhir direkodkan pada tahun 1991 dan sehingga kini, perkhidmatan tren masih menjadi pilihan ramai,” katanya.

Beliau berharap pengenalan koc baharu tersebut dapat melonjakkan industri pelancongan negara kerana kebanyakan pelancong gemar menggunakan tren untuk melihat negara ini.

Utusan Malaysia – 7 Julai 2015