Laluan Landasan Berkembar Elektrik KTMB 2016

Rajah Laluan Landasan Berkembar Elektrik KTMB yang terkini.
Rajah Laluan Landasan Berkembar Elektrik KTMB yang terkini.

Projek yang bermula dengan jajaran Ipoh-Rawang yang menyambung landasan berkembar elektrik yang sedia ada di Lembah Klang. Kemudian, projek disambung lagi untuk jajaran Ipoh-Padang Besar dan jajaran Seremban-Gemas. Kini, jajaran antara Gemas-Johor Bahru sedang dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang 2021.

Servis KTMB yang melibatkan tren yang menggunakan elektrik terbahagi kepada 2 iaitu :

  • ETS – perkhidmatan kereta api ekspres, tiket mengikut kerusi
  • KTM Komuter – perkhidmatan tren tempatan, tiket bebas

Continue reading “Laluan Landasan Berkembar Elektrik KTMB 2016”

Penambahbaikan Perkhidmatan KTM Komuter Sektor Utara

BannerShuttleUtara17Jan2016

Bermula 17 Januari 2016 ini, perkhidmatan KTM Komuter Sektor Utara akan mengalami penambahbaikan yang melibatkan perubahan secara menyeluruh dari segi laluan dan kekerapan perjalanan tren.

Berikut merupakan ringkasan untuk Laluan Kamunting – Butterworth – Gurun:

  • Laluan Kamunting – Butterworth – Gurun akan dipecahkan kepada Laluan Kamunting – Butterworth dan Laluan Butterworth – Gurun.
  • Kekerapan tren adalah setiap 1 jam waktu puncak dan setiap 2 jam waktu luar puncak. Berbanding sebelum ini kekerapan tren adalah setiap 3 jam.
  • Kekerapan tren di Stesen Integrasi (Bukit Mertajam, Bukit Tengah, Butterworth) adalah setiap 30 minit waktu puncak dan setiap 60 minit waktu luar puncak.
  • Jumlah perjalanan tren sehari adalah 12 dari Kamunting dan 12 dari Butterworth untuk Laluan Kamunting – Butterworth manakala 10 dari Butterworth dan 10 dari Gurun untuk Laluan Butterworth – Gurun. Ini menjadikan jumlah keseluruhan perjalanan sehari adalah 44 berbanding 14 sebelum ini.
  • Tempoh masa perjalanan adalah 60 minit dari Kamunting ke Butterworth dan sebaliknya; 48 minit dari Gurun ke Butterworth dan sebaliknya.

Manakala, berikut merupakan ringkasan untuk Laluan Butterworth – Padang Besar:

  • Kekerapan tren adalah setiap 5 jam hari bekerja dan 1-3 jam hari Jumaat, hujung minggu, hari kelepasan am dan acara khas.
  • Jumlah perjalanan tren sehari untuk hari bekerja adalah 4 dari Butterwoth dan 4 dari Padang Besar manakala untuk hari Jumaat, hujung minggu, hari kelepasan am dan acara khas adalah 7 dari Butterwoth dan 7 dari Padang Besar.
  • Tempoh masa perjalanan adalah 1 jam 45 minit dari Butterworth ke Padang Besar dan sebaliknya.

Rajah laluan terkini untuk Komuter Sektor Utara:

ktm komuter north

Continue reading “Penambahbaikan Perkhidmatan KTM Komuter Sektor Utara”