Jadual KTM Komuter Sektor Utara (1/7/2016)

komuter utara

Jadual

Laluan Padang Besar
Butterworth-Padang Besar

Laluan Kamunting
Butterworth-Kamunting


Tambang

Kamunting – Butterworth – Padang Besar


Laluan Perkhidmatan & Terminal

Laluan Padang Besar (Butterworth – Padang Besar)
Laluan Kamunting (Butterworth – Kamunting)

KTMB memperkenalkan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter di Sektor Utara

Perkhidmatan KTM Komuter di Sektor Utara akan beroperasi menggunakan jadual waktu baharu mulai 1 Julai 2016 (Jumaat). Perubahan ini bertujuan untuk menambahbaik perkhidmatan sedia ada di samping memberi kedelesaan kepada penumpang setelah mengambil kira maklum balas pengguna KTM Komuter di Sektor Utara.

Slide1(4)

Continue reading “KTMB memperkenalkan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter di Sektor Utara”

Laluan Landasan Berkembar Elektrik KTMB 2016

Rajah Laluan Landasan Berkembar Elektrik KTMB yang terkini.
Rajah Laluan Landasan Berkembar Elektrik KTMB yang terkini.

Projek yang bermula dengan jajaran Ipoh-Rawang yang menyambung landasan berkembar elektrik yang sedia ada di Lembah Klang. Kemudian, projek disambung lagi untuk jajaran Ipoh-Padang Besar dan jajaran Seremban-Gemas. Kini, jajaran antara Gemas-Johor Bahru sedang dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang 2021.

Servis KTMB yang melibatkan tren yang menggunakan elektrik terbahagi kepada 2 iaitu :

  • ETS – perkhidmatan kereta api ekspres, tiket mengikut kerusi
  • KTM Komuter – perkhidmatan tren tempatan, tiket bebas

Continue reading “Laluan Landasan Berkembar Elektrik KTMB 2016”

2,500 disasar guna komuter sektor utara

image
Shuttle KTM Komuter di sektor Utara yang memulakan perjalanan bagi laluan Gurun-Butterworth-Kamunting dan mengambil masa dua jam dengan menggunakan tren EMU (Electric Multiple Unit) tiga gerabak di Stesen KTMB Butterworth. Utusan/AZMAN ASMAYATIM

BUTTERWORTH 11 Sept. – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) me­nyasarkan kira-kira 2,500 penum­pang menggunakan perkhidmatan Shuttle KTM Komuter bagi sektor utara yang memulakan perjalanan hari ini. Perkhidmatan itu adalah bagi laluan Kamunting-Butterworth-Gurun sejauh 144 kilometer dan mengambil masa selama dua jam dengan menggunakan tren EMU (Electric Multiple Unit) tiga gerabak.

Presiden KTMB, Sarbini Tijan berkata, Shuttle KTM Komuter itu akan berhenti di 11 stesen iaitu Kamunting; Bagan Serai; Parit Buntar; Nibong Tebal; Simpang Ampat; Bukit Mertajam; Bukit Tengah; Butterworth; Tasek Gelugor; Sungai Petani dan Gurun.

“Perkhidmatan ini menawarkan 14 perkhidmatan sehari iaitu tujuh yang bermula di stesen Kamun­ting dan bakinya dari stesen Gurun dengan kekerapan setiap tiga jam.

“Tren pertama dari Gurun adalah pada pukul 5.16 pagi dan tren terakhir pada pukul 10.45 malam manakala dari Kamunting akan bermula pada pukul 5.25 pagi sebelum berakhir pada pukul 11.37 malam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, sekumpulan wartawan dibawa menaiki tren komuter itu dari Stesen Butterworth ke Stesen Bukit Mertajam.
Sarbini menambah, kadar tambang yang dikenakan adalah serendah RM1 sehingga Rm10.50 bagi perjalanan sehala dewasa manakala warga emas, golongan orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak antara empat hingga 12 tahun dikenakan tambang separuh harga.

Ditanya mengenai pilihan laluan Kamunting hingga Gurun dan bukannya Taiping dan Alor Setar, Sarbini menjelaskan, kedua-dua stesen itu diutamakan untuk perkhidmatan ETS dan KTM Antarabandar.
Jelasnya, stesen Kamunting dipilih bagi memberi kemudahan kepada mereka yang bekerja di negeri ini dan hampir dengan perhentian bas dan teksi manakala stesen Gurun pula bagi memudahkan mereka yang bekerja di kawasan perindustrian di situ.

“Pihak KTMB juga akan menambah beberapa lagi perkhidmatan kereta api bermula bulan hadapan hingga Tahun Baharu Cina tahun depan bagi memberi kemudahan kepada pengguna di utara,” ujarnya.
Dalam pada itu seorang penumpang terawal, Muhammad Zamri Md. Isa, 41, berkata, dia teruja untuk mencuba perkhidmatan itu dan menaiki KTM Komuter bersama isterinya, Noor Fazilah Mohd. Zulkifli, 30 dari stesen Tasek Gelugor ke Butterworth sebelum berpatah balik.

“Sebelum ini pernah naik komuter di Kuala Lumpur tapi apabila mengetahui ada perkhidmatan itu di Pulau Pinang, saya teruja untuk mencuba sebelum terus mendapatkan tiket pagi ini sekembali dari kerja.

“Minggu hadapan saya akan bawa anak saya naik komuter ini untuk pulang ke Taiping dan kami boleh berhenti di stesen Kamun­ting,” katanya.

Utusan Malaysia – 11 September 2015