SPAD sedia lulus permohonan KTM tutup sebahagian landasan jika penuhi syarat

Foto : SPAD
Foto : SPAD

Permohonan Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk menutup sebahagian daripada landasannya untuk menaiktaraf sistem bagi Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) akan diluluskan jika ia dapat memberi jaminan keselamatan pengguna dan perkhidmatan tidak akan tergendala.

“KTM hendaklah mengutamakan soal keselamatan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur dan sistem bagi KVDT.

“Selain itu KTM harus memastikan kekerapan perkhidmatan tren antara-bandar setiap 15 minit pada waktu puncak tidak terjejas dengan kerja-kerja naiktaraf berkenaan,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar.

“Jarak kerja-kerja naik taraf itu akan membabitkan laluan sejauh 42 kilometer. Oleh itu kami boleh terima sekiranya perkhidmatan bukan waktu puncak akan terjejas daripada kebiasan setiap setengah jam kepada 45 minit.

“Bagaimanapun KTM mesti memastikan perkhidmatan waktu puncak dikekalkan, iaitu setiap 15 minit,” katanya lagi.

Syed Hamid berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja naiktaraf infrastruktur dan sistem bagi KVDT di Rawang Sentral dan Sungai Buloh Sentral.

Continue reading “SPAD sedia lulus permohonan KTM tutup sebahagian landasan jika penuhi syarat”

Advertisements