BH: Laluan LRT baharu boleh digunakan hari ini

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh menggunakan laluan transit aliran ringan (LRT) baharu di Lembah Klang mulai jam 6 pagi hari ini, susulan pembukaan 15 stesen termasuk stesen integrasi Putra Heights.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Ahmad Nizam Mohamed Amin, berkata 10 daripada 15 stesen itu adalah laluan Kelana Jaya membabitkan Lembah Subang, Ara Damansara, Glenmarie, SS15, SS18, Taipan, Wawasan, USJ 21, Awan Megah dan Subang Alam.

“Untuk LEP Laluan Ampang dan Sri Petaling, lapan stesen baharu sudah beroperasi manakala stesen di Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5 dibuka sejak 31 Oktober tahun lalu, empat lagi stesen di IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri memulakan operasi sejak 31 Mac lalu.

“Baki tiga stesen untuk laluan Ampang dibuka hari ini adalah stesen Puchong Prima, Puchong Perdana dan Putra Heights, yang berintegrasi dengan laluan Kelana Jaya. Waktu operasi adalah dari jam 6 pagi hingga jam 12 tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Continue reading “BH: Laluan LRT baharu boleh digunakan hari ini”

Advertisements