Pengenalan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang

RankaianPengangkutan-BM

Dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang berdaya huni, ekonomi yang berdaya maju dan komuniti sosial yang tidak terasing, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti tiga isu utama yang perlu ditangani – Jenayah, Kebersihan, dan Kesesakan Lalu Lintas.

Melalui usaha-usaha yang berterusan, kemajuan yang ketara telah dicapai dalam mengurangkan kadar jenayah, meningkatkan keselamatan awam serta memelihara persekitaraan yang bersih dan selesa.

Walau bagaimanapun, kesesakan lalu lintas masih menjadi kebimbangan utama akibat daripada perkembangan ekonomi yang pesat serta pertambahan pelancong ke bandar warisan – negeri ini turut terjejas akibat pencapaian tersebut.

Bagi menghadapi cabaran masa hadapan, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Laporan Strategi Pelan Induk Pengangkutan bertujuan untuk memperbaiki sistem pengangkutan yang sedia ada dalam negeri melalui pendekatan yang seimbang dalam menambahbaikan pengangkutan awam serta lebuh raya.

Continue reading “Pengenalan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang”

Ringkasan Melaka Monorail

Logo Melaka Monorail pada bahagian depan tren.
Logo Melaka Monorail pada bahagian depan tren.

Kos pembinaan projek ini pada mulanya dianggarkan sebanyak RM 28 Juta tetapi telah berkurang kepada RM 16.5 juta. Ia mula dibina pada Mei 2008. Pada mulanya, monorel yang dicadangkan dapat memuatkan sebanyak 88 orang tetapi berkurang kepada 22 orang dan bergerak pada kelajuan kira-kira 12 km/j. Perkhidmatan ini sebenarnya lebih bertujuan perlancongan berbanding untuk pengangkutan awam biasa. Perkhidmatan monorel ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 20 Oktober 2010 bersempena sambutan perasmian Melaka Maju 2010.

Fasa kedua projek monorel ini pada mulanya dirancang dengan landasan yang sedia ada akan disambung dengan 1.6 kilometer lagi landasan bermula di Jambatan Chan Koon Cheng ke The Stadhuys. Namun begitu, ianya diubah dari Stesen Hang Jebat di Taman Rempah ke Jalan Tun Mutahir dan Jalan Tun Ali ke Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya sepanjang 1.3 kilometer. Fasa kedua projek itu juga akan mengandungi satu stesen penyelenggaraan di persimpangan Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir bagi memastikan sistem monorel itu menepati piawaian yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Antara penambahbaikan yang dilakukan pada fasa kedua projek ini adalah terdapat pintu bantuan kecemasan di gerabak, menyediakan laluan antara gerabak, pusat kawal trafik dan sistem pemindahan automatik selain generator. Proses pembinaan fasa dua bermula pada bulan Disember 2011 dan dijangka siap pada Februari 2013. Namun begitu, projek ini telah terbengkalai.

Continue reading “Ringkasan Melaka Monorail”

Ringkasan LRT 3 Laluan Bandar Utama – Klang

LRT3-Line-integration-map
Peta Transit Lembah Klang termasuk projek LRT3 yang dalam perancangan.

Aliran baru LRT 3 yang bakal menghubungi Bandar Utama dengan Klang yang dahulunya dikenali sebagai laluan LRT Shah Alam dijangka kerja pembinaannya akan dimulakan pada suku pertama tahun 2016 dan dijangka siap menjelang Ogos 2020. Laluan sepanjang 37 km yang merangkumi 25 buah stesen itu akan menjadi projek rel yang pertama menggunakan teknologi hijau yang mesra alam.

LRT3-proposed-route-map
Laluan aliran LRT3

Fakta menarik mengenai projek LRT3 :

  • Jumlah stesen : 26
  • Jarak : 37 km
  • Integrasi : 5 stesen
  • Jumlah penumpang : 74,000 penumpang/hari (menjelang 2020)
  • Waktu perjalanan hujung ke hujung : 53 minit dari Bandar Utama ke Johan Setia
  • Jumlah parkir : 6000 di 10 stesen menjelang 2020

Continue reading “Ringkasan LRT 3 Laluan Bandar Utama – Klang”

Ringkasan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur

Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur / East Coast Rail Link (ECRL) adalah projek yang masih dalam perancangan awal di bawah Rancangan Malaysia ke-11. Projek ini merupakan antara komponen utama di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur / East Coast Economic Region (ECER) yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing, Johor.

about-malaysiamap
Wilayah Ekonomi Pantai Timur / East Coast Economic Region (ECER) melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing, Johor

Projek landasan kereta api ini akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang hingga ke Tumpat. Kelantan. Projek ini dibahagikan kepada segmen/fasa seperti berikut:

  • Naik taraf landasan Kerteh-Kemaman-Kuantan
  • Kuala Lumpur-Mentakab-Kuantan
  • Kerteh-Kuala Terengganu
  • Kuala Terengganu-Kota Bharu-Tumpat
ECRR project
Laluan di bawah perancangan awal projek ECRL.

Apabila siap kelak, projek ini dijangka akan menjadi pemangkin ekonomi untuk kawasan yang terlibat terutamanya kawasan industri seperti Gebeng, Pelabuhan Kuantan dan juga industri petroleum di Terengganu. Ia juga akan menjadi alternatif kepada sistem pengangkutan awam ke Pantai Timur. Manakala, masa perjalanan dari KL ke Kuantan juga dapat dipendekkan. Perjalanan menggunakan kereta dari KL ke Kuantan menggunakan kereta atau bas melalui Lebuhraya Pantai Timur buat masa ini adalah 4 jam.

Artikel dan berita mengenai ECRL adalah seperti di bawah:

Untuk maklumat lanjut mengenai ECER, klik disini.

Jaringan kereta api Malaysia selepas kemerdekaan

Artikel ini adalah terkini pada 3 Disember 2015.

malaysia_rail_map
Peta jaringan kereta api di Malaysia hari ini.

Jaringan kereta api di Malaysia sejak kemerdekaan tidak banyak berubah malah laluan-laluan yang tidak dianggap penting dihentikan perkhidmatannya. Jalan kereta api ke kawasan berikut ditanggalkan dan hingga ke hari ini perancangan untuk menyambung semula perkhidmatan tersebut masih belum dimulakan. Berikut merupakan laluan-laluan yang dihentikan perkhidmatannya :

  • Falim-Tronoh, Perak
  • Kuang-Batu Arang-Batang Berjuntai (Bestari Jaya), Selangor
  • Tampin-Bandar Melaka, Melaka
  • Taiping-Port Weld, Perak
  • Bukit Kuda-Jeram-Kuala Selangor, Selangor
  • Bahau-Kuala Pilah, N. Sembilan
  • Tapah Road-Teluk Intan-Teluk Intan Wharf. Perak
  • Woodlands-Bukit Timah-Tanjong Pagar, Singapura (diambil alih oleh Singapura)
ktm singapore
Gambar yang diambil di Tanjong Pagar, Singapura.

Manakala laluan yang dihentikan perkhidmatan tetapi masih dibiarkan relnya adalah seperti :

  • Pasir Mas-Rantau Panjang-Hat Yai (State Railway of Thailand masih menggunakan laluan Sungai Golok-Hat Yai) (juga digunakan oleh KTMB sebagai laluan kecemasan untuk tren E&O)
  • Seremban-Port Dickson (diabaikan)
  • Subang Jaya-Sri Subang (Subang Airport) (kerja naik taraf sudah dimulakan untuk laluan Komuter)

Continue reading “Jaringan kereta api Malaysia selepas kemerdekaan”