Stesen Keretapi Ipoh

ipoh railway station
Pada tahun 1894, sebuah landasan baru merentasi Lembah Kinta telah dibuka di antara Batu Gajah bersama-sama dua buah stesen yang hampir serupa di kedua-kedua pekan tersebut. pada tahun 1896, 36 gerabak keseluruhannya telah dibuat di bengkel Ipoh, dengan hanya roda  besi dan gandar roda diimport dari England. Pembinaan stesen keretapi ini bermula pada tahun 1914 dan hanya siap pada 1917 kerana kekurangan bahan binaan dan kenaikan harga dan kos pembinaan semasa Perang Dunia Pertama. Stesen Keretapi Ipoh yang mempunyai unsur-unsur senibina ‘klasik’ dengan gaya British ‘ Raj’ dilengkapi dengan kubah dan menara kecil gaya Moorish. Malahan, ia direkabentuk oleh arkitek kerajaan British iaitu A.B. Hubback. Bangunan ini juga mempunyai rekabentuk bangunan yang sama dengan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.
Dilukis oleh Azly 1954. Layari azlidesign.blogspot.my
Pelan dari sisi dilukis oleh Azly 1994 – azlidesign.blogspot.my
Sejarah lanjut boleh baca di akumelayukasutcapal.blogspot.my

The Kertih-Kemaman-Kuantan Railroad

Kertih-Kemaman-Kuantan rail route.
Kertih-Kemaman-Kuantan rail route.

The Kertih-Kemaman-Kuantan railroad is a 77-kilometre long route which connects the integrated petrochemical complex in Kerteh, Terengganu to Gebeng, Pahang and the Kuantan Port. The railway line is capable of hauling cargo in large volumes and in bulks, thus making it a highly economical, safe, reliable and consistent mode of transportation for the movement of raw materials and finished products of petrochemical materials.

This route reflects the commitment of both State Governments (Terengganu and Pahang) to provide a safe and reliable mode of transportation which further boosts the East Coast of Peninsular Malaysia to become Asia-Pacific’s leading petrochemical hub.

Currently, there are two return services operating daily and the rail service can transfer up to 80 containers at one time. Apart from transporting petrochemical products, the railway link is also opened for general freight transport operated by Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), the main rail operator of Peninsular Malaysia. The rail link crosses five districts in Kemaman (Kerteh, Kemasik, Ulu Chukai, Binjai and Banggul) in Terengganu and Sungai Karang in Pahang.

Features of Kuantan-Kerteh railway:
A single line track which links the Petronas oil refinery complex and the nearby town of Kerteh, Terengganu, with the petrochemical complex in Gebeng, Kuantan and Kuantan Port near Kuantan, Pahang
3 railway yards at Kerteh, Gebeng and Kuantan
2 locomotives
50 wagons (BCFs) with 60 metric tonnes (2 teus) capacity for each
2 units of guard vans (BGVs)

Invest in Pahang

Jaringan kereta api Malaysia selepas kemerdekaan

Artikel ini adalah terkini pada 3 Disember 2015.

malaysia_rail_map
Peta jaringan kereta api di Malaysia hari ini.

Jaringan kereta api di Malaysia sejak kemerdekaan tidak banyak berubah malah laluan-laluan yang tidak dianggap penting dihentikan perkhidmatannya. Jalan kereta api ke kawasan berikut ditanggalkan dan hingga ke hari ini perancangan untuk menyambung semula perkhidmatan tersebut masih belum dimulakan. Berikut merupakan laluan-laluan yang dihentikan perkhidmatannya :

  • Falim-Tronoh, Perak
  • Kuang-Batu Arang-Batang Berjuntai (Bestari Jaya), Selangor
  • Tampin-Bandar Melaka, Melaka
  • Taiping-Port Weld, Perak
  • Bukit Kuda-Jeram-Kuala Selangor, Selangor
  • Bahau-Kuala Pilah, N. Sembilan
  • Tapah Road-Teluk Intan-Teluk Intan Wharf. Perak
  • Woodlands-Bukit Timah-Tanjong Pagar, Singapura (diambil alih oleh Singapura)
ktm singapore
Gambar yang diambil di Tanjong Pagar, Singapura.

Manakala laluan yang dihentikan perkhidmatan tetapi masih dibiarkan relnya adalah seperti :

  • Pasir Mas-Rantau Panjang-Hat Yai (State Railway of Thailand masih menggunakan laluan Sungai Golok-Hat Yai) (juga digunakan oleh KTMB sebagai laluan kecemasan untuk tren E&O)
  • Seremban-Port Dickson (diabaikan)
  • Subang Jaya-Sri Subang (Subang Airport) (kerja naik taraf sudah dimulakan untuk laluan Komuter)

Continue reading “Jaringan kereta api Malaysia selepas kemerdekaan”

Jaringan kereta api Malayan Railways 1950-an

Malaysia yang dikenali sebagai Tanah Melayu pada ketika itu masih berada di bawah pemerintahan kerajaan British. Jaringan kereta api dibina bagi memudahkan pergerakan bahan mentah dan juga hasil perlombongan bijih timah ke pelabuhan terdekat untuk dieksport ke luar negara. Jaringan ini dikendalikan oleh Malayan Railways Limited sebelum ditukar kepada Federated Malay States Railways (FMSR) dan Malayan Railway Administration (MRA) dan kemudian ditukar kepada Keretapi Tanah Melayu pada 1962.

Peta jaringan kereta api Malayan Railways pada 1950-an.

Sebagai perbandingan, peta di bawah adalah peta jaringan kereta api yang dibina oleh British semasa penjajahan mereka di Tanah Melayu pada tahun 1914.

Federated Malay States Railway Network 1914.
Peta jaringan Federated Malay States Railway pada tahun 1914.

Jaringan meliputi keseluruhan negeri di Tanah Melayu kecuali Terengganu. Ini disebabkan kerana aktiviti perdagangan lebih tertumpu di negeri-negeri selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang) dan perlombongan di negeri Perak dan Selangor. Ini dapat dilihat melalui cabang jaringan kereta api yang terdapat di:

  • Bukit Mertajan-Butterworth, P. Pinang (klik disini untuk sejarah Bukit Mertajam)
  • Taiping-Port Weld (Kuala Sepetang), Perak
  • Port Swettenham (Klang), Selangor
  • Seremban-Port Dickson, N. Sembilan
  • Tampin-Bandar Melaka, Melaka
  • Tapah Road-Teluk Anson (Teluk Intan), Perak

Continue reading “Jaringan kereta api Malayan Railways 1950-an”

Landasan Kereta Api Kuala Sepetang

4953272085_b6f0106c83

Tahukah anda landasan di antara Taiping dan Port Weld (Kuala Sepetang) merupakan landasan kereta api yang pertama di Malaysia atau dikenali sebagai Tanah Melayu ketika itu. Kerja-kerja pembinaan dimulakan pada tahun 1882 dan dirasmikan oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak ketika itu pada 1 Jun 1885.

Perpustakaan Negara Malaysia