Laluan Landasan Berkembar Elektrik KTMB 2016

Rajah Laluan Landasan Berkembar Elektrik KTMB yang terkini.
Rajah Laluan Landasan Berkembar Elektrik KTMB yang terkini.

Projek yang bermula dengan jajaran Ipoh-Rawang yang menyambung landasan berkembar elektrik yang sedia ada di Lembah Klang. Kemudian, projek disambung lagi untuk jajaran Ipoh-Padang Besar dan jajaran Seremban-Gemas. Kini, jajaran antara Gemas-Johor Bahru sedang dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang 2021.

Servis KTMB yang melibatkan tren yang menggunakan elektrik terbahagi kepada 2 iaitu :

  • ETS – perkhidmatan kereta api ekspres, tiket mengikut kerusi
  • KTM Komuter – perkhidmatan tren tempatan, tiket bebas

Continue reading “Laluan Landasan Berkembar Elektrik KTMB 2016”

Advertisements

China Railway raih kontrak EDTP

Liow Tiong Lai (tiga dari kanan) melihat sebuah model kereta berkelajuan tinggi keluaran syarikat China sempena pameran HSR China di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AMIR KHALID
Liow Tiong Lai (tiga dari kanan) melihat sebuah model kereta berkelajuan tinggi keluaran syarikat China sempena pameran HSR China di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AMIR KHALID

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Kerajaan menganugerahkan kontrak pembinaan projek landasan berkembar elektrik (EDTP) Gemas-Johor Bahru (JB) kepada China Railway International Co. Ltd. yang dijangka membabitkan kos RM7.13 bilion.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pembinaan landasan yang dijangka siap pada 2020 itu bakal melengkapkan keseluruhan rangkaian EDTP negara dari JB ke Padang Besar, Perlis.

Katanya, kerajaan komited untuk menyediakan rangkaian pengangkutan yang baik bagi menyokong pertumbuhan ekonomi seiring dengan matlamat ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.

Ujar beliau, penganugerahan kontrak kepada China Railway untuk pembinaan EDTP Gemas-JB itu bertujuan mempercepatkan projek berkenaan.

“Buat masa ini, rangkaian landasan kereta api negara meliputi 1,641.4 kilometer dengan 46 peratus merupakan landasan berkembar elektrik.

Continue reading “China Railway raih kontrak EDTP”