Perkhidmatan tren tambahan ETS dan tren khas Intercity sempena Aidiladha 2016

Sempena perayaan Aidiladha 2016 yang bakal disambut pada 12 September 2016 (Isnin), KTMB akan menyediakan perkhidmatan tren ETS tambahan pada pada 9-18 September 2016 dan tren khas raya Intercity yang dikenali sebagai Tren Persiaran – Eastern Holiday Train pada 8-19 September 2016.

Continue reading “Perkhidmatan tren tambahan ETS dan tren khas Intercity sempena Aidiladha 2016”

Negeri Sembilan mahu kereta api kembali ke Port Dickson

Landasan kereta api Seremban-Port Dickson kali terakhir digunakan pada Julai 2008 selepas ditutup akibat kemalangan melibatkan kereta api pengangkut minyak yang dalam perjalanan ke Ipoh terkeluar dari landasan. Untuk laporan lanjut, sila ke BHPlus→

BHPlus – 25 Mei 2016

10 cedera, dua tren bergesel di Kuala Kubu Bharu

PETALING JAYA: Seramai 10 penumpang cedera apabila dua tren milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bertembung di Kuala Kubu Bharu selepas melalui Stesen Komuter Batang Kali, petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta api 13 gerabak yang bertolak dari Butterworth, Pulau Pinang menghala Kuala Lumpur dan sebuah kereta api Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) enam gerabak dari ibu negara ke Ipoh, Perak.

Continue reading “10 cedera, dua tren bergesel di Kuala Kubu Bharu”

Otak lelaki bertaburan dilanggar ETS

Foto : K! ONLINE
Foto : K! ONLINE

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas dilanggar perkhidmatan tren elektrik (ETS) ketika dia dipercayai cuba melintas landasan itu di Kilometer 325.4 dari arah Ipoh, Perak menghala Kuala Lumpur Sentral di sini pagi tadi.

Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an itu terseret sejauh enam meter akibat dilanggar tren tersebut.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pekerja stesen tersebut yang memaklumkan mereka terjumpa mayat di tepi landasan kereta api.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, anggota polis menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan pecah kepala selain serpihan otaknya bertaburan tidak jauh dari mangsa.

“Hasil siasatan mendapati, pemandu tren itu yang ternampak mangsa berjalan di atas landasan itu dan bertindak membunyikan hon untuk memberi tanda amaran. Bagaimanapun, pemandu tidak sempat memberhentikan ETS dan telah melanggar mangsa,” katanya ketika Kosmo! sebentar tadi.

Menurutnya lagi, polis tidak menemui sebarang identiti pada mangsa dan mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

K! ONLINE – 16 Mac 2016