Ringkasan LRT 3 Laluan Bandar Utama – Klang

LRT3-Line-integration-map
Peta Transit Lembah Klang termasuk projek LRT3 yang dalam perancangan.

Aliran baru LRT 3 yang bakal menghubungi Bandar Utama dengan Klang yang dahulunya dikenali sebagai laluan LRT Shah Alam dijangka kerja pembinaannya akan dimulakan pada suku pertama tahun 2016 dan dijangka siap menjelang Ogos 2020. Laluan sepanjang 37 km yang merangkumi 25 buah stesen itu akan menjadi projek rel yang pertama menggunakan teknologi hijau yang mesra alam.

LRT3-proposed-route-map
Laluan aliran LRT3

Fakta menarik mengenai projek LRT3 :

  • Jumlah stesen : 26
  • Jarak : 37 km
  • Integrasi : 5 stesen
  • Jumlah penumpang : 74,000 penumpang/hari (menjelang 2020)
  • Waktu perjalanan hujung ke hujung : 53 minit dari Bandar Utama ke Johan Setia
  • Jumlah parkir : 6000 di 10 stesen menjelang 2020

Continue reading “Ringkasan LRT 3 Laluan Bandar Utama – Klang”

Advertisements

Penyelarasan Tambang LRT, KL Monorel

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan penyelarasan tambang baru bagi sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang dan KL Monorel.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, penyelarasan itu diperkenal bersama mod pembayaran berbeza untuk tunai dan bukan tunai bagi menggalakkan penjimatan dalam kalangan penumpang.

Katanya, ketika ini struktur tambang bagi ketiga-tiga perkhidmatan adalah berbeza dengan LRT Laluan Kelana Jaya menggunakan kadar caj mengikut stesen di Kawasan Pusat Perniagaan, LRT Laluan Ampang menggunakan perkiraan berdasarkan jumlah stesen dan KL Monorel bergantung kepada jarak perjalanan.

“Untuk struktur tambang yang lebih adil dan konsisten, kita selaraskan semua mengikut jarak perjalanan iaitu sama seperti amalan operator rel seluruh dunia.

“Dengan kaedah ini, pengguna akan dikenakan bayaran masuk (70 sen) diikuti caj mengikut jarak perjalanan sebenar.

“Justeru, akan ada penurunan caj, pengekalan harga dan kenaikan tambang antara RM1 hingga RM4.40 di sepanjang laluan ketiga-tiga perkhimatan,” katanya.

Harian Metro – Intan Mas Ayu Shahimi | 2 November 2015