Pembatalan perkhidmatan dan penggantungan sementara jualan tiket ETS dan Intercity

KTMB notice

KTMB – 14 April 2016

Advertisements

Laman web KTMB berwajah baru, lebih mesra pengguna

Wajah baru laman KTMB yang lebih moden dan mesra pengguna
Wajah baru laman web KTMB yang lebih moden dan mesra pengguna.

KTMB baru-baru ini telah melancarkan kemaskini laman web mereka yang serba baru. Sesuai dengan tagline baru KTMB iaitu ‘Merakyatkan Kereta Api’, laman web baru ini dikemaskini supaya kelihatan lebih moden dan lebih mesra pengguna. Ini selaras dengan usaha KTMB untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka selepas penambahbaikan Pusat Panggilan KTMB juga telah dilaksanakan Januari yang lepas.

Untuk perbandingan, berikut merupakan laman web lama KTMB :

Laman web lama KTMB.
Laman web lama KTMB.

Continue reading “Laman web KTMB berwajah baru, lebih mesra pengguna”

Jaringan kereta api Malayan Railways 1950-an

Malaysia yang dikenali sebagai Tanah Melayu pada ketika itu masih berada di bawah pemerintahan kerajaan British. Jaringan kereta api dibina bagi memudahkan pergerakan bahan mentah dan juga hasil perlombongan bijih timah ke pelabuhan terdekat untuk dieksport ke luar negara. Jaringan ini dikendalikan oleh Malayan Railways Limited sebelum ditukar kepada Federated Malay States Railways (FMSR) dan Malayan Railway Administration (MRA) dan kemudian ditukar kepada Keretapi Tanah Melayu pada 1962.

Peta jaringan kereta api Malayan Railways pada 1950-an.

Sebagai perbandingan, peta di bawah adalah peta jaringan kereta api yang dibina oleh British semasa penjajahan mereka di Tanah Melayu pada tahun 1914.

Federated Malay States Railway Network 1914.
Peta jaringan Federated Malay States Railway pada tahun 1914.

Jaringan meliputi keseluruhan negeri di Tanah Melayu kecuali Terengganu. Ini disebabkan kerana aktiviti perdagangan lebih tertumpu di negeri-negeri selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang) dan perlombongan di negeri Perak dan Selangor. Ini dapat dilihat melalui cabang jaringan kereta api yang terdapat di:

  • Bukit Mertajan-Butterworth, P. Pinang (klik disini untuk sejarah Bukit Mertajam)
  • Taiping-Port Weld (Kuala Sepetang), Perak
  • Port Swettenham (Klang), Selangor
  • Seremban-Port Dickson, N. Sembilan
  • Tampin-Bandar Melaka, Melaka
  • Tapah Road-Teluk Anson (Teluk Intan), Perak

Continue reading “Jaringan kereta api Malayan Railways 1950-an”

Landasan Kereta Api Kuala Sepetang

4953272085_b6f0106c83

Tahukah anda landasan di antara Taiping dan Port Weld (Kuala Sepetang) merupakan landasan kereta api yang pertama di Malaysia atau dikenali sebagai Tanah Melayu ketika itu. Kerja-kerja pembinaan dimulakan pada tahun 1882 dan dirasmikan oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak ketika itu pada 1 Jun 1885.

Perpustakaan Negara Malaysia

KTMB lancar koc baharu Ekspres Rakyat

MOHD. NOORDIN KIMI (kiri) beramah mesra bersama penumpang koc Ekspres Rakyat yang pertama antara Johor Bahru-Butterworth-Johor Bahru di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/FAIRUZ IZYANA AYUB

KUALA LUMPUR 6 Julai – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan koc baharu pertama bagi perkhidmatan tren antara bandar Ekspres Rakyat (Johor Bahru- Butterworth-Johor Bahru) bermula hari ini.

Pengurus Kanan Pemasaran KTMB Antara Bandar, Mohd. Noordin Kimi berkata, pengenalan koc itu bertujuan menyediakan perkhidmatan terbaik dan memenuhi permintaan masyarakat.

“Tren Ekspres Rakyat dibina khas di Indonesia oleh Syarikat PT Inka dan telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri yang lebih canggih serta selesa kepada pengguna.

“Tren sepanjang enam koc ini mampu menampung 360 penum­pang pada satu masa dengan peningkatan kelajuan kepada 100 kilometer sejam berbanding 80 kilometer sejam sebelum ini,” katanya ketika ditemui sempena pengenalan koc baharu tersebut di sini.

Menurut Mohd. Noordin, KTMB akan melancarkan dan memulakan operasi koc baharu yang kedua secara istimewa pada 14 Julai dengan laluan dari Kuala Lumpur hingga ke Padang Besar sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, tren antara bandar yang lama telah beroperasi selama lebih 30 tahun dan sudah sampai masanya untuk ditukar bagi menjamin keselamatan penumpang.

“Tren KTMB merupakan pengangkutan darat paling selamat di negara ini dengan kematian ter­akhir direkodkan pada tahun 1991 dan sehingga kini, perkhidmatan tren masih menjadi pilihan ramai,” katanya.

Beliau berharap pengenalan koc baharu tersebut dapat melonjakkan industri pelancongan negara kerana kebanyakan pelancong gemar menggunakan tren untuk melihat negara ini.

Utusan Malaysia – 7 Julai 2015