Jadual KTM Komuter Sektor Tengah (11/7/2016)

komuter tengah

Jadual

Laluan Seremban
Batu Caves-Pulau Sebang/Tampin (Isnin-Jumaat)
Batu Caves-Pulau Sebang/Tampin (Sabtu-Ahad)

Laluan Pelabuhan Klang
Tanjung Malim-Pelabuhan Klang (Isnin-Jumaat)
Tanjung Malim-Pelabuhan Klang (Sabtu-Ahad)


Tambang

Tunai
Tanpa Tunai – Touch ‘n Go

Mingguan
Bulanan
Konsesi


Laluan Perkhidmatan & Terminal

Laluan Seremban (Batu Caves – Seremban – Sungai Gadut – Tampin/Pulau Sebang)
Laluan Pelabuhan Klang (Tg. Malim – Rawang – Sg. Buloh – KL Sentral – Klang – Pelabuhan Klang)

KTMB menambahbaik perkhidmatan Komuter di Sektor Selatan

Perkhidmatan KTM Komuter di Sektor Selatan (Senawang, Sg. Gadut, Rembau dan Tampin) akan beroperasi menggunakan jadual waktu baharu mulai 11 Julai 2016 (Isnin). Perubahan ini bertujuan untuk menambahbaik perkhidmatan sedia ada di samping memberi kedelesaan kepada penumpang setelah mengambil kira maklum balas pengguna KTM Komuter di Sektor Selatan.

directtampin

Continue reading “KTMB menambahbaik perkhidmatan Komuter di Sektor Selatan”

Dokumentari (Jepun) : Pengembaraan 2 beradik menaiki keretapi ke tapak warisan dunia Malaysia

Sebuah siri dokumentari terbitan sebuah stesen TV di Jepun mengenai perjalanan melancong dengan menaiki kereta api sambil melihat keindahan pemandangan dan warisan seluruh dunia. Episod kali ini merupakan negara kelima dalam siri jelajah dokumentari tersebut.

Ia mengisahkan mengenai perjalanan 2 beradik (mereka merupakan artis veteran yang agak terkenal satu masa dahulu di Jepun) yang memulakan perjalanan mereka dari JB Sentral di mana mereka agak kagum dengan rupa bentuk stesen tersebut yang seakan-akan terminal lapangan terbang. Dari sana, mereka menaiki kereta api KTM Intercity ke Stesen KTM Tampin di mana destinasi mereka adalah untuk ke tapak warisan dunia, Melaka.

Sampai di Tampin, agak kehairanan mereka dengan betapa sunyinya stesen tersebut sedangkan stesen tersebut merupakan stesen ke kawasan pelancongan yang diiktiraf UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Mereka tidak tahu bahawa betapa jauhnya stesen tersebut dengan pusat bandar Melaka dan juga mungkin mereka kurang faham di Malaysia, kereta api masih bukan pilihan utama untuk rakyat ke mana-mana tidak seperti di Jepun.

Selepas Melaka, mereka ke KL Sentral menaiki kereta api KTM Intercity (penggambaran dokumentari ini diadakan sebelum Mei 2015, jadi masih belum ada perkhidmatan ETS dari Gemas). Kemudian ke Ipoh dengan ETS, dan seterusnya ke destinasi terakhir, Pulau Pinang dengan menaiki kereta api KTM Intercity ke Stesen KTM Butterworth dan feri ke Georgetown. Di Pulau Pinang, selain melawat ke kawasan tapak warisan dunia, mereka juga menaiki kereta api Bukit Bendera (Penang Hill Railway).

Berikut merupakan video penuh pengembaraan tersebut :